Dapur sentiasa berasap tapi ada kalanya masakan yang dimasak tak pernah nak sedap dan menepati citarasa yg aku kehendaki. Ada sahaja kesilapan dan cara masak yg salah....
Dapur Faeda d'Riyadh menjadi tempat dan simpanan resepi yang telah berjaya aku hasilkan dan sebagai rujukan aku dimasa akan datang!!!
Korang sudi-sudikanlaa mencuba resepi disini yaa

Rabu, 15 Jun 2011

SERI MUKA PANDAN KAK ONNA


Resepi Serimuka Pandan

UNTUK LAPISAN BAWAH
- 500gm Pulut
- 300ml Santan Pekat
...- 300ml air (250mlair jer den guno)
- 1 1/2 sudu kecil Garam

Cara-caranyer
- rendam pulut 45 minit - 1 jam sahaja kalau guna beras pulut AFTA
- tapis pulut kemudian di gaul mesra dengan santan, air dan juga garam
- di kukus selama 30 minit

Nota:-
- den guno santan ori yer memandangkan cik lulu dokek pastu murah lagi pon nanti pulut cantik bederai dan berkilat.

- Cecair iaitu santan dan air di campur jumlah nyer 600ml kan jadi terpulang kat u all nak guna santan byk mana pastikan tidak melebihi 600ml (Faham tak ayat tu)


UNTUK LAPISAN ATAS

A
- 230gm Gula castor
3 biji telur gred B

B
- 100gm tepung gandum/ tepung kastad
- 400ml santan Pekat
- 400ml air

Cara-caranyer

- gaulkan bahan A dalam periuk
- kemudian satukan bahan B di mangkuk yg lain di gaul rata
- Kemudian tapis bahan B dan satukan ke dlm Bahan A
- kemudian masak hingga naik wap (mcm dah di tunjuk hari tu yer)
- kukus 30 minit.....

sekian terima kasih