Dapur sentiasa berasap tapi ada kalanya masakan yang dimasak tak pernah nak sedap dan menepati citarasa yg aku kehendaki. Ada sahaja kesilapan dan cara masak yg salah....
Dapur Faeda d'Riyadh menjadi tempat dan simpanan resepi yang telah berjaya aku hasilkan dan sebagai rujukan aku dimasa akan datang!!!
Korang sudi-sudikanlaa mencuba resepi disini yaa

Sabtu, 3 Disember 2011

Resepi Kuah Satay Memang Sedap Punyee!!!

Dah lama aku mencari resepi kuah Satay yg betul-betul kuah satay. Yang ada resepi untuk makan dengan nasi impit punye laaa. Sebenarnya kuah satay ada dua, yang satu untuk dimakan dengan satay dan satu lagi untuk dimakan dengan nasi impit. Kalau yg kuah nasi impit dimakan dengan satay memang lain rasanya dan nikmaynya pun hilang....


Ini kuah satay yg berjaya aku masak dan mendapat pujian oleh  jiran-jiran aku...

Kacang tanah di sangai dalam kuali. Dah sejuk buang kulitnya
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 batang serai
1 stgh inci halia
5 tangkai cili kering
2 papan gula melaka
1 sudu air asam jawa/ 1 keping asam gelugur
1 jug air
Gula dan garam secukup rasa


Cara membuat kuah

1. Hiris bawang merah, bawang putih, halia, serai, dan cili kering. Kemudian gorangkan semuanya 
    dengan minyak sekadar dah naik bau

2. Toskan dan kisar halus.

3. Panaskan 2 cawan  minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau dan terbit minyak

4. Masukan gula melaka, kacau rata dan tuangkan 1 jug air, biarkan mendidih

5. Kisar kacang dengan sedikit air hingga lumat. Bila kuah dah mendidih, masukan kacang kisar. 
    Kacau rata dan masak dengan api yg perlahan

5. Masukkan air asam/ asam gelugur, gula ikut manis masing-masing dan garam secukup rasa

6. Kacau rata dan masak biar lama dengan api yg sederhana

7. Masak sehingga keluar minyak dan kuah kacang menjadi pekat

8. Pastikan kuah kacang cukup manisnya dan bau kacang bila dimasak hilang dan kuah betul2
    masaknya