Dapur sentiasa berasap tapi ada kalanya masakan yang dimasak tak pernah nak sedap dan menepati citarasa yg aku kehendaki. Ada sahaja kesilapan dan cara masak yg salah....
Dapur Faeda d'Riyadh menjadi tempat dan simpanan resepi yang telah berjaya aku hasilkan dan sebagai rujukan aku dimasa akan datang!!!
Korang sudi-sudikanlaa mencuba resepi disini yaa

Isnin, 24 Oktober 2011

Green Tropicana

Air minuman yg dibuat masa aku beraya di rumah mak Anjang. Aku terus jatuh cinta bila tengok air coler hijau dan purghhh sedapnya. Dengan tak tau malunya aku mintak kat mak Anjang patinya...hehehehee Mak Anjang bagi dan gembiranya aku tak terkata!!!

Yang kat bawah ni aku buat sendiri dan berjaya jugak experimen yg aku hasilkan....


Masak lemak ikan tenggiri bersama pucuk pegaga



Biasa makan pucuk pegaga sebagai ulaman. Kali ni aku mencuba masak pulak. Masak lemak...


Cara Memasak....


1. 2 biji bawang kecil, 11 biji cili padi dan sedikit kunyit hidup ditumbuk lumat.
2. Bahan yg ditumbuk, 1 batang serai dititik dimasukan kedalam periuk bersama dengan 2 cawan santan cair. Masak atas api yg kecil hingga mendidih


3. Masukan sekeping asam gelugur, 1/2 kiub ikan bilis. Kacau rata


4. Masukan Pucuk pegaga & ikan tenggiri kedalam periuk. Kacau sentiasa supaya santan tak pecah minyaknya.

5. Taburkan garam dan rasa apa yg kurang. Bila dah mendidih dan rasa ok baru tutup api

Sabtu, 22 Oktober 2011

TAKOYAKI my style

Sebabnya ada udang yg duk terbiar kat dapur. Apa lauk aku nak masak, tetiba terbayang-bayang TAKOYAKI kat Jayajusco. Macam mana orang tu membuatnya. Emmm menarik sungguh kalau aku dapat buat kan. Tapi diorang guna acuan bulat, aku mana ada acuan tu!!!
Haaa dapat idea nak guna acuan kuih cara...pandai tak???

Aku pon duklaa search resepi Takoyaki kat ternet. Kebanyakan diorang guna tepong takoyaki. Aku mana ada tepong tu, so terpaksa ganti guna tepung gandum.
Mula-mula buat macam x sedap. Kali ke dua buat.....Alhamdulillah menjadi dan inilaa resepi yg aku gunakan



1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur ayam
1 sudu tepung jagung
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu secukup rasa
1/2 sudu kecil lada sulah
sedikit garam
2 cawan air sejuk

1. Pecahkan telur dan tuangkan air sejuk kedalam mangkuk. Kacau sebati

2. Masukan tepung, baking powder, lada sulah, secukup rasa dan garam. Kacau hingga semua sebati dan tepung tak bergumpal

3. Pastikan andunan tepung cair. kalau kurang air...tambahkan air sejuk dan biarkan sebentar.


Untuk Inti

  •  Udang di potong dadu dan gaulkan dengan 1 sudu kecil sos tiram
  • daun sup hiris halus
  • kobis sagat halus
  • udang geragau disangai dan dihancurkan jadi serbuk
  •  
CARA MEMBUATNYA

  • Panaskan acuan kuih cara dengan api yg kecil
  • Tuang sedikit minyak masak ke setiap acuan dan tuangkan bancuhan tepung kedalam.Biar sampai penuh
  • Taburkan udang , daun bawang dan udang geragau kedalam takoyaki
  • Tutup adunan dengan tuangkan sedikit adunan
  • Bila nampak dah masak bawahnya, ambil lidi dan pusingkan.
  • Sebelum terbalikan, tuang adunan sekali lagi dan baru terbalik habiskan.
  • Kaup dengan lidi dan pusingkan supaya takoyaki nampak cantik...
  •  




Rendang Kerang Terangkat!!!

Rendang kerang faveret food aku. Kalau beli nasi lemak wajib letak rendang kerang atau sambal kerang. Lagi satu bila makan Char Kueh Teow...pergh bila tengok kerang dalam tu, sedapnya. 2...3 bungkus pun tak cukup untuk aku sorang makan.

Kat Riyadh ni susah nak jumpa kerang. Ada pun kat Jedah. Kat sini yg ada kupang  dan lokan. Balik Malaysia bulan lepas aku siap pesan kat suami kalau jumpa kerang dah kopek beli tau nak bawak balik Riyadh. Suami pon borong kat pasar Sungai Besar, Sabak Bernam 4 kilo dan kami frozenkan.

Balik Riyadh kami naik Saudi Airline, direct flight. Senang tak perlu nak transit lama dan memudahkan kami tuk bawang barang2 basah seperti daging, fishball dan kerang. Kali ni aku berjaya bawak buger Ramly, nugget ayam, fish ball, tempoyak dan kerang.






Bahan-Bahan
  • 1 kg Kerang
  • 1 sudu besar serbuk kari ikan
  • Santan
  • daun kunyit dihiris halus
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 asam keping
  • 1 sudu gula melaka
  • 1 sudu gula
  • secukup rasa
  • garam
Bahan untuk dikisar
  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 21 tangkai cili padi (ikut kepedasan masing2)
  • 1 sudu cili kering
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas


    1. Tumis bahan kisar hinga naik bau. Masukan serbuk kari  dan kacau rata dan masak sedikit kering

    2. Tuangkan 1 cawan santan cair dan kacau rata. Tunggu hingga mendidih.

    3. Masukan gula melaka, gula dan asam keping

    4. Tuangkan 1/2 cawan santan pekat, kacau dan tunggu hingga kuah pekat sikit

    5. Masukan kerang dan kacau lagi. tabur garam, secukup rasa. kacau rata  dan rasakan apa yg kurang

    6. Taburkan daun kunyit yg dihiris bersama daun limau purut. Tunggu sampai  kerang empuk dan rendang sedikit kering baru tutup api....

    Khamis, 20 Oktober 2011

    Bubur Nasi Cendawan Shitake

    Ni pasal tengok citer Korea laa. Tu yg cuba try masak bubur cendawan ni. Kalau tak cendawan shitake ni tak terusik kat dapur aku. Memang menarik dan sedap dimakan oleh anak-anak aku.....

    • 2 pot beras dicuci
    • 2 ulas bawang putih dihiris
    • 5 kuntum cendawan shitake -dihiris dadu
    • 1 sudu minyak zaiton
    • dada ayam
    • kiub ayam
    • lada sulah
    • air
    • garam
    1. Tumis bawang putih dan cendawan hingga naik bau

    2. Masukan beras, dikacau mesra

    3. Tuangkan air tunggu hingga separuh masak

    4. Letakan ayam dan kiub ayam. Tambahkan air hingga masak

    5. Taburkan lada sulah dan rasakan dengan garam.....

    Rabu, 19 Oktober 2011

    CLAY POT MEE

    Bahan-Bahan diperlukan untuk buat stok kuah
    • 5 ulas bawang putih diketuk
    • cendawan shitake direndam dgn air panas
    • ayam potong kecil
    • cili kering
    • kicap pekat
    • kicap cair
    • sos tiram
    • kiub ayam
    • sawi
    • telur
    • tepung jagung
    • 1 sudu besar minyak bijan
    • minyak masak
    • garam dan lada sulah
    1. Panaskan minyak dan minyak bijan. Tumis bawang putih hinga wangi
    2. Masukan ayam dan cili kering,  kacau rata
    3. Tuang air dan biar hingga mendidih
    4. Tuangkan kicap, sos tiram dan masukan kiub ayam
    5. Masukan cendawan dan perasakan dengan garam

    **** Ambil mangkuk claypot dan letak atas api. Sendukan kuah tadi kedalam dan masukan sayur. Biarkan layu sebentar. Pecahkan telur dan tuangkan tepung jagung yg dibancuh. Masukan mee dan sedia untuk dihidang ****

    Ahad, 16 Oktober 2011

    Sambal bilis denga terung telunjuk

    Terung telunjuk memag feveret aku dengan abah dan adik-adik aku. Kalau masak sambal memang diorang suka. Abah mesti beli dan suka kalau dibuat sambal. Masak lemak memang tak suka yee.
    Terung kat bawah ni aku petik kat umah nenek. Dengan mata kasar memang tak nampak kat pokok, tapi bila diamati dengan betul2, banyak betul terung bila dipetik....

    • Ikan bilis digoreng garing
    • Terung telunjuk di belah dua, cuci dan gaul dengan garam. Gorang sebentar
    • 3 biji cili merah, 7 biji cili padi, 1/2 biji bawang besar ditumbuk
    • sedikit air asam jawa/ air limau nipis
    • gula dan garam
    1. Tumis bahan tumbuk hinga sedikit garing. Tuangkan air asam jawa

    2. Masukan terung dan perasakan dengan gula dan garam

    4. Bila semua dah mesra dan garing. tutup api dan masukan ikan bilis. kacau rata dan sedia tuk dihidang