Dapur sentiasa berasap tapi ada kalanya masakan yang dimasak tak pernah nak sedap dan menepati citarasa yg aku kehendaki. Ada sahaja kesilapan dan cara masak yg salah....
Dapur Faeda d'Riyadh menjadi tempat dan simpanan resepi yang telah berjaya aku hasilkan dan sebagai rujukan aku dimasa akan datang!!!
Korang sudi-sudikanlaa mencuba resepi disini yaa

Selasa, 8 November 2011

Dagimg masak Dendeng


Saja nak mencuba masak daging dendeng. Jenuh jugak aku  mencari resepi dan ada bermacam cara nak memasaknya. Cara aku masak ni aku olahkan sikit dari resepi asal bloger2 yg lain dan bila aku test rasa....sedap dan tengolaa resepi kat bawah!!!


Resepinya

  • 2 kilo daging direbus dengan halia hingga empuk (air rebusan bolehlaa disimpan buat stok)
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 3 ulas bawang putih dihiris
  • 1 inci halia dihiris
  • 2 biji bawang besar-dikisar
  • 1 senduk cili kering
  • 1 ketul gula melaka
  • 3 sudu kicap pekat
  • sedikit garam
  1. Daging dihiris nipis dan tumbuk bagi hancur sedikit
  2. Gaulkan daging dengan bawang, bawang putih dan halia yg dihiris. Biarkan sebentar
  3. Goreng daging biarkan sedikit garing baru angkat
  4. Tumis bawang kisar bersama cili kering. Kacau rata dan kecilkan api. Masak hingga terbit minyak
  5. Masukan gula melaka, kicap dan garam. Kacau hingga sebati
  6. Masukan daging, kacau rata dan rasakan apa yg kurang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan