Dapur sentiasa berasap tapi ada kalanya masakan yang dimasak tak pernah nak sedap dan menepati citarasa yg aku kehendaki. Ada sahaja kesilapan dan cara masak yg salah....
Dapur Faeda d'Riyadh menjadi tempat dan simpanan resepi yang telah berjaya aku hasilkan dan sebagai rujukan aku dimasa akan datang!!!
Korang sudi-sudikanlaa mencuba resepi disini yaa

Isnin, 14 November 2011

Lemak Cili Padi Ayam campur Nenas

Lauk ni memang sedap dan aku suka sangat-sangat. Lemak pedas masam manis....Biasa masak lemak ayam aku letak kentang & buah tomato. Kali ni ubah selera letak buah nenas pulak. Purghhhh sedap beb......


Resepinya

1 ekor
1 biji buah nenas
Serai dititik
1 keping asam gelugur
2 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
1 kiub ayam
garam

Bahan kisar
1/2 biji bawang besar
21 biji cili padi
1 cm kunyit hidup
1 sudu kecil ketumbar biji

1. Panaskan minyak. Masukan serai dan bahan kisar. Tumis hingga naik bau

2. Masukan ayam. Kacau rata biarkan masak sekejap

3. Tuangkan santan cair, kiub ayam  & biarkan mendidih

4. Masukan nenas dan asam gelugur. Gaul rata dan biarkan mendidih sekali lagi

5. Tuangkan santan pekat dan perasakan dengan garam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan