Dapur sentiasa berasap tapi ada kalanya masakan yang dimasak tak pernah nak sedap dan menepati citarasa yg aku kehendaki. Ada sahaja kesilapan dan cara masak yg salah....
Dapur Faeda d'Riyadh menjadi tempat dan simpanan resepi yang telah berjaya aku hasilkan dan sebagai rujukan aku dimasa akan datang!!!
Korang sudi-sudikanlaa mencuba resepi disini yaa

Isnin, 21 November 2011

Kuih Cara Inti Kentang


Bahan untuk Inti

2 biji kentang potong dadu kecil
1/2 labu bawang besar dicincang
1 cawan air
1/2 sudu serbuk secukup rasa
sedikit lada sulah
daun bawang dihiris

1. Masukan kentang dlm kuali berserta air. Masak hinga kentang empuk

2. Bila dah empuk ketepikan. Biar dlm kuali.

3. Tuangkan sedikit minyak dan tumis bawang. Bila dah layu, kaupkan kentang dan kacau rata

4. Taburkan secukup rasa dan serbuk lada sulah. Rasakan dengan garam

5. Masukan daun bawang. Ankat dan biarkan sejuk sebentar


Adunan Kuih Cara

1 cawan tepung gandum
1 biji telur
3 cawan air
1/2 sudu baking powder
sedikit garam

1. Adun tepung, telur, air dan garam hingga sebati dan menjadi adunan yg cair

2. Sendukan adunan kedalam acuan kuih cara dan masukan inti kentang kedalam

3. Tutup bekas kuih cara dengan tudung periuk supaya bahagian atas masak sekata

4. Angkat dengan lidi satay dan sedi dinikmati

Tiada ulasan:

Catat Ulasan