Dapur sentiasa berasap tapi ada kalanya masakan yang dimasak tak pernah nak sedap dan menepati citarasa yg aku kehendaki. Ada sahaja kesilapan dan cara masak yg salah....
Dapur Faeda d'Riyadh menjadi tempat dan simpanan resepi yang telah berjaya aku hasilkan dan sebagai rujukan aku dimasa akan datang!!!
Korang sudi-sudikanlaa mencuba resepi disini yaa

Sabtu, 26 November 2011

Nasi Lemak Sambal Bawang

Tetiba rasa rindu pulak kat Nasi Lemak Sambal Bawang yg pernah aku makan setiap kali balik kampung Sg. Lui untuk tengok kebun. Sedap  dan berselera bila makan. Sebungkus sorang memang tak cukup sebab nasi lemak kat kampung dulu kecil dan harga pun 50 sen je sebungkus.
Nasi Lemak kat Sg. Lui dulu hanya ada telur dadar potong kecil dan sambal bawang. Memang sedap sangat!!!! Air dari hirisan bawang membuatkan sambal ni sedap....


Cara membuat sambal

3 biji bawang besar (dikisar)
2 senduk Cili kering yg siap dikisar
Segenggam ikan bilis
1 keping asam gelugur/ air asam jawa
3 sudu gula
garam
2 biji bawang besar (dihiris)

1. Ikan bilis digoreng garing dan angkat

2. Tumis bawang dan cili hingga naik bau dan naik minyak

3. Masukan asam gelugur/ air asam jawa, gula dan garam. Kacau rata

4. Masukan ikan bilis. Biarkan masak sekejap

5. Taburkan bawang yg dihiris. Rasakan apa yg kurang dan adjust ikut kesedapan masing2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan