Dapur sentiasa berasap tapi ada kalanya masakan yang dimasak tak pernah nak sedap dan menepati citarasa yg aku kehendaki. Ada sahaja kesilapan dan cara masak yg salah....
Dapur Faeda d'Riyadh menjadi tempat dan simpanan resepi yang telah berjaya aku hasilkan dan sebagai rujukan aku dimasa akan datang!!!
Korang sudi-sudikanlaa mencuba resepi disini yaa

Isnin, 9 April 2012

Kebab buat sendiri....


Roti segera (saya guna roti piza segera )
Dada Ayam
1 biji tomato
1 biji timun
1/2 bawang besar
Salad
Mayonis
Sos cili
garam
lada hitam

1. Masak dada ayam dgn sedikit minyak. Taburkan garam dan lada hitam. Masak hingga daging empuk (bakar dlm oven pon boleh)

2. Potong dadu timun, tomato dan bawang. Masuk kedalam mangkuk dan gaul rata.

3. Salad dihiris halus dan ketepikan

4. Ayam tadi dipotong nipis

5. Ambil roti dan belah 2. Ambil roti dan potong tengahnya untuk dijadikan poket.
Sapukan mayonis dicelah-celah roti dan masukan sayuran dadu, ayam dan salad. Tuangkan sos cili...siap!!!



Sabtu, 31 Mac 2012

Ketam Kari Berapi

Ketam masak kari...memang berapi bila makan dan sedap sangat-sangat. Selalu ketam aku masak lemak, tapi hari ni nak mencuba masak kari pulak. Rempah kari pon belambak tak dipakai. Godek2 resepi tak tenet dan diolah sikit oleh aku dan inilaa hasilnya......SEDAP!!!




Bahan diperlukan

  • 5 ekor ketam (kerat 2)
  • 5 batang cili padi (dikisar)
  • 1 biji bawang besar (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1/2 biji bawang besar- dihiris
  • 2 ulas bawang putih -dihiris
  • 1 inci halia -dihiris
  • 2 sudu besar rempah ikan & udang babas
  • 1 sudu serbuk cili
  • 1/2 kiub ikan bilis
  • 1/2 cawan santan
  • 1 cawan air
  • 1/2 air asam jawa
  • daun kari
  • garam

1. Panaskan sedikit minyak
2. Masukan daun kari dan bahan hiris. goreng hingga naik bau
3. Masukan bahan kisar. Tumis naik bau
4. Rempah kari dan cili serbuk disatukan dan bancuh dengan air. Masukan kedalam tumisan.
5. Tuangkan air asam jawa dan air. Kacau rata dan biarkan naik minyak
6. Tuangkan santan dan masukan kiub ikan bilis
7. Masukan ketam dan kacau rata...rasakan dengan garam

     

Ahad, 5 Februari 2012

Ayam Masak Harum

Saya ni pon ambil tender memasak tau. Memasak nasi bungkus untuk orang-orang bujang yg duduk satu flat ngan saya. Flat yg saya duduk kat Riyad ni ada 14 pintu dan semua dihuni oleh orang Malaysia dan kebanyakan adalah org bujang. Jadi diorang ni mintaklaa dimasak lauk-pauk Malaysia!!!

Yang Tukang Masak ni pulak memanjang pening kepala memikirkan resepi apa nak memasak. Lauk yg diorang mintak pulang nak yg pedah dan berkuah.....

Hari ni dapat idea buat lauk ini....hentam keromo entah dari mana dapat. Tapi bila dah siap, sedaplaa pulak!!! Silaa laaa mencuba.






Bahan diperlukan

  • 1 ekor ayam potong ikut suka
  • 2 batang serai dititik
  • 5 helai daun limau purut
  • 2 sudu sos tomato
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 kiub ayam
  • garam


Bahan Perlu Dikisar

  • 2 ulas bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 5 sudu cili kering yg siap dikisar

Cara Memasaknya....

1. Panaskan 1 cawan minyak

2. Masukan serai yg dititik dan tuangkan bahan kisar. Masak hingga naik bau dan biarkan sedikit kering

3 Masukan ayam kedalam. Kacau  dan biarkan ayam masak seketika

4. Letak kiub ikan bilis, sos tomato dan daun limau kedalam. Kacau rata dan tutup periuk supaya ayam empuk dan kuah sedikit kering.

5. Bila dah mendidih, tuangkan santan dan perasakan dengan garam.



Sabtu, 4 Februari 2012

Sambal TomChan





Sambal TomChan.....Sambal Tomato Belachan. Eeemmm apa daa nama, nak nampak lain punye pasal!!!
Jom layan macam mana nak membuatnya


  • 5 cili merah
  • 13 cili padi
  • 1 biji tomato potong dadu
  • 2 cm belacan
  • 1/2 labu bawang besar
  • 1 biji limau nipis perah jusnya
  • garam
1. Tumbuk lumat atau kisar dengan pengisar kering semua bahan diatas dan rasakan dengan garam

Khamis, 2 Februari 2012

Terung Dadu Sambal Udang



Resepi

  • Terung potong dadu
  • Udang dibuang kulit
  • 1/2 labu bawang besar -dikisar
  • 1 ulas bawang putih -dikisar
  • 3 biji cili merah -dikisar
  • 5 biji cili padi -dikisar
  • 1/2 sudu sos tiram
  • 1/2 kiub ikan bilis
  • 1/2 sudu perahan lemon/ asam jawa
  • garam

1. Gorengkan terung hingga sedikit garing. Angkat

2. Goreng udang hingga kuning. Angkat

3. Tumiskan bahan kisar hingga sedikit daring dan terbit minyak

4. Tuangkan sos tiram dan masukan kiub ikan bilis

5. Masukan jus lemon dan perasakan garam

6. Kacau sambal bg sedikit garing

7. Dah garing sikit, masukan terung dan udang. Kacau rata

8. Nak letak bawang hiiris dan tomato pon boleh.........

Rabu, 1 Februari 2012

Macaroon making....Bolehlaaa

Sana-sini....dalam fb ....ada je citer & gambar pasal MACAROON. Apa sedap sangat dan senang sangat diorang buat macaroon aaa.

Aku pon terpanggil untuk membuat macaroon, berkobar-kobar mencari resepi dan mencari bahan mentah nak membuat. Rupanya bahan-bahan mentah yg diguna takdelaa susah mana pon. Yang susah hanyalaa kesabaran. Nak membuat memang perlukan kesabaran sebab Macaroon ni kena banyak berehat!!!

Macaroon ni memang manis, kena pandai-pandai adjust kemanisan dan inti dia pulak, kalau tak letak pon memang dah sedap. Korang nak mencuba pegilaa cari sendiri resepi kat dalam tenet yee. Aku google terus kat YOUTUBE!!!!


Nasi Lemak wif Poached Egg....Kasi tukar

Jalan-jalan cari resepi, terjumpa menu yg sangat membuatkan aku teruja dan menarik untuk mencuba. Poached Egg....biasa tengok orang putih masak, tapi tak terpikir nak membuatnya. Sekali tu jalan-jalan kat dlm tenet cari resepi, tersekat dan singgahlaa kat  DapurKu SaYang. Rupanya dapur Kak Dayangjack yg fames kat MyR.

Aku dah coba, memang menarik dan suka sangat membuatnya.....

Selasa, 17 Januari 2012

Gadget -Orange Squeezer

Buah oren selalu beli tapi malas nak makan atau dibuat jus. Sebabnya masam dan malas nak perah guna mesin atau perah oren guna pemulas tu, penat!!!
Masa makan2 kat umah aku tempoh hari, jiran ada bawak pemerah jus macam kat bawah ni tapi jenis berdiri dan besar sesuai untuk guna kat kedai jual jus harga pun beratus jugaklaa. Besar ya amat dan terlampaulaa berat.
Aku pun tercari alat tuk memerah yg senag dan mudahkan kerja aku tapi tak terjumpa pulak. Sekali tu ajak suami pergi kedai beli santan kotak. Sambil mencari mata terpandang alat ni....menarik!!!!
Harga pon tak sampai ratusan....memang mudah kerja aku dan tiap-tiap hari minum oren jus.


Alat yg paling aku suka sekali...tak perlu beli mesen perah oren yg besar gedabak dan tak lagi  menyemakan ruang dapur aku






Isnin, 16 Januari 2012

Mee Goreng Cara aku masak

Mee Goreng ni aku masak ikut resepi hentam sajalaa. Tapi memang sedap dan suami pon puji....ahaakks. Nak tau resepi, jom tengok kat bawah ni


1. 1 biji cili merah, 1/2 labu bawang besar dan 5 ulas bawang putih dikisar
2. Tumis hingga terbit bau dan masukan daging (ikut banyak mana nak guna). Biasa guna udang/ ayam. Kali ni aku boh daging sebagai perencah.
3. Bila daging dah empuk, tuangkan 1 sudu sos tiram, 2 sudu kicap mee, 2 sudu kicap pekat ABC dan 1 sudu sos cili
4. Tambahkan garam dan kiub ayam/ secukup rasa sikit
5. Bila dah mendidih, pecahkan 2 biji telur. Biarkan sekejap bg telur masak, kacau telur tu dan masukan mee dan sayur sawi
6. Kacau rata dan rasakan apa yg kurang.....
7. Nak tambah taugeh, kuchai dan fish ball pon boleh!!!

Ayam Goreng Berempah......Memang Puas Hati



Bahan diperlukan

  • Ayam
  • 1 peket kecil rempah kari ayam adabi
  • 1 sudu serbuk kunyit
  • daun kari
  • 1 sudu ketumbar biji ditumbuk
  • 1 sudu jintan manis ditumbuk
  • 5 ulas bawang putih ditumbuk
  • 1/2 inci halia ditumbuk
  • 1 sudu tepung jagung
  • garam
1. Perap ayam dengan semua bahan diatas. Gaul dan semua rempah mesra dengan ayam

2. Panaskan minyak dan goreng dengan garing

Sabtu, 14 Januari 2012

Pad Thai goreng ala-ala Kueh teow goreng



Sini susah nak dapat kueh teow basah....yg aku jumpa Pad Thai ala-ala kueh teow tapi kering punye. Ingat lagi masa mula-mula nak memasak Pad Thai ni, aku masak macam  kueh teow basah. Ingat cara masak macam meehon rupanya kita kena goreng dulu mee pad thai ni baru sedap!!!
Jomlaa tengok macam mana aku masak....

1. Mee Pad Thai direndam. Bila dah lembut, toskan airnya.

2. Panaskan 5 sudu minyak dan goreng sekejap Pad Thai. Nanti Pad Thai akan bertukar menjadi  seperti Kueh Teow

3. Kisar 1/2 biji bawang besar, 3 ulas bawang putih, sedikit  udang kering dan 2 tangkai cili merah dan tumis hingga wangi

4. Masukan udang, kiub ikan bilis kacau rata

5. Tuangkan 1 sudu besar sos tiram, kicap cair , kicap pekat dan garam. bila dah mendidih pecahkan 2 biji telur. Kacau-kacau telur

6. Masukan pad thai, daun kuchai dan tauhu. Kacau dah sekatakan phai thai hingga betul-betul masak

7. Rasakan apa yg kurang dan sedia untuk dimakan....