Dapur sentiasa berasap tapi ada kalanya masakan yang dimasak tak pernah nak sedap dan menepati citarasa yg aku kehendaki. Ada sahaja kesilapan dan cara masak yg salah....
Dapur Faeda d'Riyadh menjadi tempat dan simpanan resepi yang telah berjaya aku hasilkan dan sebagai rujukan aku dimasa akan datang!!!
Korang sudi-sudikanlaa mencuba resepi disini yaa

Sabtu, 3 Disember 2011

Resepi Kuah Satay Memang Sedap Punyee!!!

Dah lama aku mencari resepi kuah Satay yg betul-betul kuah satay. Yang ada resepi untuk makan dengan nasi impit punye laaa. Sebenarnya kuah satay ada dua, yang satu untuk dimakan dengan satay dan satu lagi untuk dimakan dengan nasi impit. Kalau yg kuah nasi impit dimakan dengan satay memang lain rasanya dan nikmaynya pun hilang....


Ini kuah satay yg berjaya aku masak dan mendapat pujian oleh  jiran-jiran aku...

Kacang tanah di sangai dalam kuali. Dah sejuk buang kulitnya
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 batang serai
1 stgh inci halia
5 tangkai cili kering
2 papan gula melaka
1 sudu air asam jawa/ 1 keping asam gelugur
1 jug air
Gula dan garam secukup rasa


Cara membuat kuah

1. Hiris bawang merah, bawang putih, halia, serai, dan cili kering. Kemudian gorangkan semuanya 
    dengan minyak sekadar dah naik bau

2. Toskan dan kisar halus.

3. Panaskan 2 cawan  minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau dan terbit minyak

4. Masukan gula melaka, kacau rata dan tuangkan 1 jug air, biarkan mendidih

5. Kisar kacang dengan sedikit air hingga lumat. Bila kuah dah mendidih, masukan kacang kisar. 
    Kacau rata dan masak dengan api yg perlahan

5. Masukkan air asam/ asam gelugur, gula ikut manis masing-masing dan garam secukup rasa

6. Kacau rata dan masak biar lama dengan api yg sederhana

7. Masak sehingga keluar minyak dan kuah kacang menjadi pekat

8. Pastikan kuah kacang cukup manisnya dan bau kacang bila dimasak hilang dan kuah betul2
    masaknya

Selasa, 29 November 2011

Muffin Pandan

Jenuh jugak nak cari resepi kek yg tak pakai butter dan susu. Saya tak suka makan butter & susu. Kalau ada orang ofer saya kek, akan bau dulu atau tanya ada butter/ susu tak!!! Sampai ada orang gelarkan kata nanti kuar susuk kat muka kalau makan butter/ susu....Kalau makan, pasti akan keluarkan balik dan diam2 aku akan buang kek tu

Haaa ni Resepi terjumpa kat Blog irmadilondon.blogspot,. Bahan-bahanya pun senang & mudah aku nak buat. Ini laaa hasilnya dan berjayaaaa!!!




Bahan-Bahan

200gm tepung gandum
1 1/2 tsp baking powder

1/2 tsp soda bikabonat1/2 tsp garam halus
120gm gula castor
200ml santan kelapa (dalam kotak)
100ml minyak jagung2 biji telur1 tsp pandan emalco (Boleh bubuh extra kalau nak lebih hijau)1 tsp pewarna hijau



1. Satukan tepung, baking powder, soda bikabonat dan garam. Kemudian ayak
2. Dalam bekas lain, pecahkan telur dan masukan gula. Pukul hingga kembang
3. Tuangkan minyak dan pukul lagi
4. Tuangkan pandan emalco dan pewarna hijau serta santan. Pukul lagi hingga kembang dan ringan
5. Masukan tepung sikit demi sedikit sambil aduna dikacau. Buat sampai tepung habis dimasukan
6. Ambil adunan dalam 1 sudu besar dan isi kedalam bekas cup cake
7 Sedia dibakar pd suhu 180 oC hingga bahagian masak
  
Sebelum dibakar

Selepas dibakar....

Ahad, 27 November 2011

Tauhu Mekar

Ni Tauhu buat sendiri....bukan guna tauhu pok yee!!!
Dah duduk diperantauan semuanya kena buat sendiri. Antaranya bila datang bab nak makan itu..ini. Salah satu yg duk teringin sangat nak makan ialah Tauhu Bunga atau aku panggil tauhu Mekar.




  • 10 biji Tauhu pok/ Tauhu putih potong kiub dan goreng garing (jangan nampak tompok putih ye, pastikan goreng garing takut bila diterbalikan kulitnya terkoyak)
  • Udang (dicincang)
  • 1/2 biji bawang besar(dicincang)
  • 1 batang daun bawang (dihiris)
  • 1/2 sudu lada sulah
  • 1 biji telur (ambil putih sahaja)
  • sedikit garam
1. Ambil tauhu dan belah X. Keluarkan isi dan terbalikan dia
2. Isi tauhu disatukan dengan udang, bawang, daun bawang, lada sulah, garam dan putih telur.
    Gaul rata semuanya
3. Masukan bahan inti kedalam kulit tahu yg diterbalikan. Isi biar mampat supaya bila digoreng tak  
    terburai intinya nanti
4. Goreng dengan minyak yg panas & angkat bila dah kuning keemasan.




Sabtu, 26 November 2011

Nasi Lemak Sambal Bawang

Tetiba rasa rindu pulak kat Nasi Lemak Sambal Bawang yg pernah aku makan setiap kali balik kampung Sg. Lui untuk tengok kebun. Sedap  dan berselera bila makan. Sebungkus sorang memang tak cukup sebab nasi lemak kat kampung dulu kecil dan harga pun 50 sen je sebungkus.
Nasi Lemak kat Sg. Lui dulu hanya ada telur dadar potong kecil dan sambal bawang. Memang sedap sangat!!!! Air dari hirisan bawang membuatkan sambal ni sedap....


Cara membuat sambal

3 biji bawang besar (dikisar)
2 senduk Cili kering yg siap dikisar
Segenggam ikan bilis
1 keping asam gelugur/ air asam jawa
3 sudu gula
garam
2 biji bawang besar (dihiris)

1. Ikan bilis digoreng garing dan angkat

2. Tumis bawang dan cili hingga naik bau dan naik minyak

3. Masukan asam gelugur/ air asam jawa, gula dan garam. Kacau rata

4. Masukan ikan bilis. Biarkan masak sekejap

5. Taburkan bawang yg dihiris. Rasakan apa yg kurang dan adjust ikut kesedapan masing2

Isnin, 21 November 2011

Kuih Cara Inti Kentang


Bahan untuk Inti

2 biji kentang potong dadu kecil
1/2 labu bawang besar dicincang
1 cawan air
1/2 sudu serbuk secukup rasa
sedikit lada sulah
daun bawang dihiris

1. Masukan kentang dlm kuali berserta air. Masak hinga kentang empuk

2. Bila dah empuk ketepikan. Biar dlm kuali.

3. Tuangkan sedikit minyak dan tumis bawang. Bila dah layu, kaupkan kentang dan kacau rata

4. Taburkan secukup rasa dan serbuk lada sulah. Rasakan dengan garam

5. Masukan daun bawang. Ankat dan biarkan sejuk sebentar


Adunan Kuih Cara

1 cawan tepung gandum
1 biji telur
3 cawan air
1/2 sudu baking powder
sedikit garam

1. Adun tepung, telur, air dan garam hingga sebati dan menjadi adunan yg cair

2. Sendukan adunan kedalam acuan kuih cara dan masukan inti kentang kedalam

3. Tutup bekas kuih cara dengan tudung periuk supaya bahagian atas masak sekata

4. Angkat dengan lidi satay dan sedi dinikmati

Isnin, 14 November 2011

Lemak Cili Padi Ayam campur Nenas

Lauk ni memang sedap dan aku suka sangat-sangat. Lemak pedas masam manis....Biasa masak lemak ayam aku letak kentang & buah tomato. Kali ni ubah selera letak buah nenas pulak. Purghhhh sedap beb......


Resepinya

1 ekor
1 biji buah nenas
Serai dititik
1 keping asam gelugur
2 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
1 kiub ayam
garam

Bahan kisar
1/2 biji bawang besar
21 biji cili padi
1 cm kunyit hidup
1 sudu kecil ketumbar biji

1. Panaskan minyak. Masukan serai dan bahan kisar. Tumis hingga naik bau

2. Masukan ayam. Kacau rata biarkan masak sekejap

3. Tuangkan santan cair, kiub ayam  & biarkan mendidih

4. Masukan nenas dan asam gelugur. Gaul rata dan biarkan mendidih sekali lagi

5. Tuangkan santan pekat dan perasakan dengan garam

Selasa, 8 November 2011

Dagimg masak Dendeng


Saja nak mencuba masak daging dendeng. Jenuh jugak aku  mencari resepi dan ada bermacam cara nak memasaknya. Cara aku masak ni aku olahkan sikit dari resepi asal bloger2 yg lain dan bila aku test rasa....sedap dan tengolaa resepi kat bawah!!!


Resepinya

  • 2 kilo daging direbus dengan halia hingga empuk (air rebusan bolehlaa disimpan buat stok)
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 3 ulas bawang putih dihiris
  • 1 inci halia dihiris
  • 2 biji bawang besar-dikisar
  • 1 senduk cili kering
  • 1 ketul gula melaka
  • 3 sudu kicap pekat
  • sedikit garam
  1. Daging dihiris nipis dan tumbuk bagi hancur sedikit
  2. Gaulkan daging dengan bawang, bawang putih dan halia yg dihiris. Biarkan sebentar
  3. Goreng daging biarkan sedikit garing baru angkat
  4. Tumis bawang kisar bersama cili kering. Kacau rata dan kecilkan api. Masak hingga terbit minyak
  5. Masukan gula melaka, kicap dan garam. Kacau hingga sebati
  6. Masukan daging, kacau rata dan rasakan apa yg kurang

Isnin, 24 Oktober 2011

Green Tropicana

Air minuman yg dibuat masa aku beraya di rumah mak Anjang. Aku terus jatuh cinta bila tengok air coler hijau dan purghhh sedapnya. Dengan tak tau malunya aku mintak kat mak Anjang patinya...hehehehee Mak Anjang bagi dan gembiranya aku tak terkata!!!

Yang kat bawah ni aku buat sendiri dan berjaya jugak experimen yg aku hasilkan....


Masak lemak ikan tenggiri bersama pucuk pegaga



Biasa makan pucuk pegaga sebagai ulaman. Kali ni aku mencuba masak pulak. Masak lemak...


Cara Memasak....


1. 2 biji bawang kecil, 11 biji cili padi dan sedikit kunyit hidup ditumbuk lumat.
2. Bahan yg ditumbuk, 1 batang serai dititik dimasukan kedalam periuk bersama dengan 2 cawan santan cair. Masak atas api yg kecil hingga mendidih


3. Masukan sekeping asam gelugur, 1/2 kiub ikan bilis. Kacau rata


4. Masukan Pucuk pegaga & ikan tenggiri kedalam periuk. Kacau sentiasa supaya santan tak pecah minyaknya.

5. Taburkan garam dan rasa apa yg kurang. Bila dah mendidih dan rasa ok baru tutup api

Sabtu, 22 Oktober 2011

TAKOYAKI my style

Sebabnya ada udang yg duk terbiar kat dapur. Apa lauk aku nak masak, tetiba terbayang-bayang TAKOYAKI kat Jayajusco. Macam mana orang tu membuatnya. Emmm menarik sungguh kalau aku dapat buat kan. Tapi diorang guna acuan bulat, aku mana ada acuan tu!!!
Haaa dapat idea nak guna acuan kuih cara...pandai tak???

Aku pon duklaa search resepi Takoyaki kat ternet. Kebanyakan diorang guna tepong takoyaki. Aku mana ada tepong tu, so terpaksa ganti guna tepung gandum.
Mula-mula buat macam x sedap. Kali ke dua buat.....Alhamdulillah menjadi dan inilaa resepi yg aku gunakan



1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur ayam
1 sudu tepung jagung
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu secukup rasa
1/2 sudu kecil lada sulah
sedikit garam
2 cawan air sejuk

1. Pecahkan telur dan tuangkan air sejuk kedalam mangkuk. Kacau sebati

2. Masukan tepung, baking powder, lada sulah, secukup rasa dan garam. Kacau hingga semua sebati dan tepung tak bergumpal

3. Pastikan andunan tepung cair. kalau kurang air...tambahkan air sejuk dan biarkan sebentar.


Untuk Inti

  •  Udang di potong dadu dan gaulkan dengan 1 sudu kecil sos tiram
  • daun sup hiris halus
  • kobis sagat halus
  • udang geragau disangai dan dihancurkan jadi serbuk
  •  
CARA MEMBUATNYA

  • Panaskan acuan kuih cara dengan api yg kecil
  • Tuang sedikit minyak masak ke setiap acuan dan tuangkan bancuhan tepung kedalam.Biar sampai penuh
  • Taburkan udang , daun bawang dan udang geragau kedalam takoyaki
  • Tutup adunan dengan tuangkan sedikit adunan
  • Bila nampak dah masak bawahnya, ambil lidi dan pusingkan.
  • Sebelum terbalikan, tuang adunan sekali lagi dan baru terbalik habiskan.
  • Kaup dengan lidi dan pusingkan supaya takoyaki nampak cantik...
  •  




Rendang Kerang Terangkat!!!

Rendang kerang faveret food aku. Kalau beli nasi lemak wajib letak rendang kerang atau sambal kerang. Lagi satu bila makan Char Kueh Teow...pergh bila tengok kerang dalam tu, sedapnya. 2...3 bungkus pun tak cukup untuk aku sorang makan.

Kat Riyadh ni susah nak jumpa kerang. Ada pun kat Jedah. Kat sini yg ada kupang  dan lokan. Balik Malaysia bulan lepas aku siap pesan kat suami kalau jumpa kerang dah kopek beli tau nak bawak balik Riyadh. Suami pon borong kat pasar Sungai Besar, Sabak Bernam 4 kilo dan kami frozenkan.

Balik Riyadh kami naik Saudi Airline, direct flight. Senang tak perlu nak transit lama dan memudahkan kami tuk bawang barang2 basah seperti daging, fishball dan kerang. Kali ni aku berjaya bawak buger Ramly, nugget ayam, fish ball, tempoyak dan kerang.






Bahan-Bahan
  • 1 kg Kerang
  • 1 sudu besar serbuk kari ikan
  • Santan
  • daun kunyit dihiris halus
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 asam keping
  • 1 sudu gula melaka
  • 1 sudu gula
  • secukup rasa
  • garam
Bahan untuk dikisar
  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 21 tangkai cili padi (ikut kepedasan masing2)
  • 1 sudu cili kering
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas


    1. Tumis bahan kisar hinga naik bau. Masukan serbuk kari  dan kacau rata dan masak sedikit kering

    2. Tuangkan 1 cawan santan cair dan kacau rata. Tunggu hingga mendidih.

    3. Masukan gula melaka, gula dan asam keping

    4. Tuangkan 1/2 cawan santan pekat, kacau dan tunggu hingga kuah pekat sikit

    5. Masukan kerang dan kacau lagi. tabur garam, secukup rasa. kacau rata  dan rasakan apa yg kurang

    6. Taburkan daun kunyit yg dihiris bersama daun limau purut. Tunggu sampai  kerang empuk dan rendang sedikit kering baru tutup api....

    Khamis, 20 Oktober 2011

    Bubur Nasi Cendawan Shitake

    Ni pasal tengok citer Korea laa. Tu yg cuba try masak bubur cendawan ni. Kalau tak cendawan shitake ni tak terusik kat dapur aku. Memang menarik dan sedap dimakan oleh anak-anak aku.....

    • 2 pot beras dicuci
    • 2 ulas bawang putih dihiris
    • 5 kuntum cendawan shitake -dihiris dadu
    • 1 sudu minyak zaiton
    • dada ayam
    • kiub ayam
    • lada sulah
    • air
    • garam
    1. Tumis bawang putih dan cendawan hingga naik bau

    2. Masukan beras, dikacau mesra

    3. Tuangkan air tunggu hingga separuh masak

    4. Letakan ayam dan kiub ayam. Tambahkan air hingga masak

    5. Taburkan lada sulah dan rasakan dengan garam.....

    Rabu, 19 Oktober 2011

    CLAY POT MEE

    Bahan-Bahan diperlukan untuk buat stok kuah
    • 5 ulas bawang putih diketuk
    • cendawan shitake direndam dgn air panas
    • ayam potong kecil
    • cili kering
    • kicap pekat
    • kicap cair
    • sos tiram
    • kiub ayam
    • sawi
    • telur
    • tepung jagung
    • 1 sudu besar minyak bijan
    • minyak masak
    • garam dan lada sulah
    1. Panaskan minyak dan minyak bijan. Tumis bawang putih hinga wangi
    2. Masukan ayam dan cili kering,  kacau rata
    3. Tuang air dan biar hingga mendidih
    4. Tuangkan kicap, sos tiram dan masukan kiub ayam
    5. Masukan cendawan dan perasakan dengan garam

    **** Ambil mangkuk claypot dan letak atas api. Sendukan kuah tadi kedalam dan masukan sayur. Biarkan layu sebentar. Pecahkan telur dan tuangkan tepung jagung yg dibancuh. Masukan mee dan sedia untuk dihidang ****

    Ahad, 16 Oktober 2011

    Sambal bilis denga terung telunjuk

    Terung telunjuk memag feveret aku dengan abah dan adik-adik aku. Kalau masak sambal memang diorang suka. Abah mesti beli dan suka kalau dibuat sambal. Masak lemak memang tak suka yee.
    Terung kat bawah ni aku petik kat umah nenek. Dengan mata kasar memang tak nampak kat pokok, tapi bila diamati dengan betul2, banyak betul terung bila dipetik....

    • Ikan bilis digoreng garing
    • Terung telunjuk di belah dua, cuci dan gaul dengan garam. Gorang sebentar
    • 3 biji cili merah, 7 biji cili padi, 1/2 biji bawang besar ditumbuk
    • sedikit air asam jawa/ air limau nipis
    • gula dan garam
    1. Tumis bahan tumbuk hinga sedikit garing. Tuangkan air asam jawa

    2. Masukan terung dan perasakan dengan gula dan garam

    4. Bila semua dah mesra dan garing. tutup api dan masukan ikan bilis. kacau rata dan sedia tuk dihidang
    

    
     

    Rabu, 15 Jun 2011

    SERI MUKA PANDAN KAK ONNA


    Resepi Serimuka Pandan

    UNTUK LAPISAN BAWAH
    - 500gm Pulut
    - 300ml Santan Pekat
    ...- 300ml air (250mlair jer den guno)
    - 1 1/2 sudu kecil Garam

    Cara-caranyer
    - rendam pulut 45 minit - 1 jam sahaja kalau guna beras pulut AFTA
    - tapis pulut kemudian di gaul mesra dengan santan, air dan juga garam
    - di kukus selama 30 minit

    Nota:-
    - den guno santan ori yer memandangkan cik lulu dokek pastu murah lagi pon nanti pulut cantik bederai dan berkilat.

    - Cecair iaitu santan dan air di campur jumlah nyer 600ml kan jadi terpulang kat u all nak guna santan byk mana pastikan tidak melebihi 600ml (Faham tak ayat tu)


    UNTUK LAPISAN ATAS

    A
    - 230gm Gula castor
    3 biji telur gred B

    B
    - 100gm tepung gandum/ tepung kastad
    - 400ml santan Pekat
    - 400ml air

    Cara-caranyer

    - gaulkan bahan A dalam periuk
    - kemudian satukan bahan B di mangkuk yg lain di gaul rata
    - Kemudian tapis bahan B dan satukan ke dlm Bahan A
    - kemudian masak hingga naik wap (mcm dah di tunjuk hari tu yer)
    - kukus 30 minit.....

    sekian terima kasih

    Sabtu, 16 April 2011

    MOTABAQ@MURTABAK d' Riyadh

    Tu dia murtabak....sebijik macam kat Malaysia punye!!! Kulitnya aku tak canai tapi guna kulit segera. Bukan guna kulit popia aaaa. Kulit Motabaq nama dia.
    Memang macam kat pasar malam punye murtabak....

    Inilaa hasilnya, sebijik macam jual kat pasar Malam kan....terubat windu pada murtabak pasar tani Putrajaya!!!!

     Kulit macam kulit popia

    dah masak sebijik macam murtabak Malaysia....sedap!!!

    Ni dia kulit murtabak yg jual kat Riyadh

    Belakang bunkusan tulis MOTABAQ